// Kau Princess Aku, Okay: Bab 4.



HAKIMY membuka pintu bilik sederhana besar milik adik kembarnya. Perasaan bosan membelenggu diri. Hendak keluar, dia tiada tempat hendak dituju. Dia baru berpisah dengan Suzanna. Semua kawan-kawannya pula sibuk. Malas dia hendak melayan pujuk rayu Suzanna ketika ini. Dia tidak pasti sama ada adiknya, Najmy sudah pulang ataupun tidak. Tetapi apabila melihat bilik mandi yang bercahaya, dia tersenyum. 

“Takde bilik sendiri ke?” Sindiran adiknya menyebabkan Hakimy yang baru hendak memanjat katil tersengih. 

Najmy yang masih bertuala terus bergerak masuk ke dalam walk-in wardrobe. Dia mengambil t-shirt dan seluar pendek, dan melangkah keluar menghadap abang kembarnya semula. 

“Aku bosanlah.”

“Bosan?” Najmy ketawa. Wajah abang kembarnya dipandang sekilas sebelum menyarung t-shirt dan seluar pendek. Tuala yang basah dicampak pada Hakimy yang sudah pantas mengelak.

“Wei, pengotor!”

Najmy ketawa. Tuala dicampak kembali kepadanya. 

“Aku ingat nak sambung kerja.” Najmy memberitahu rancangannya. Dia walaupun sudah bekerja dan bergelar doktor, tetapi sebenarnya setiap hari dia seperti belajar benda baru. Kadang- kadang dia perlu buka kembali ‘kitab-kitab’ lama. 

“Kerja apa lagi?” Hakimy duduk bersila di atas katil. Bosan sungguh hari ini. Dia malas hendak membawa pulang kerjanya yang memang bertimbun-timbun di hotel. 

“Sejak akhir-akhir ni banyak pula kes baru kat hospital. Kau sendiri tahu kan?” soal Najmy. Pelbagai jenis virus baru muncul. Penyakit akan ‘hinggap’ pada manusia. Sebab itu, walaupun kita punya kekayaan tinggi melangit, tetapi kalau dah ada penyakit, baru kita sedar, kita ni semuanya sama. Penyakit pun kalau nak kena, memang tak pilih orang. 

“Aku tahu. Tapi kerja pejabat, buat kat pejabat,” balas Hakimy. 

“Abang, kau ni pelik. Kenapa ni? Masalah dengan girlfriend ke?” 

Hakimy terpinga.

“Mana ada.”

“Kalau takde. Kenapa tak keluar? Selalunya lewat malam baru sampai rumah. Ni baru pukul 10.” Najmy beritahu kenyataan yang sudah dia sedia maklum. Nasib baiklah dia sibuk di hospital, jadi tidak terasa bila Hakimy selalu keluar malam. 

“Kau ni perli aku ke Jimy?”

Najmy tersengih sahaja. Beberapa buah buku diambil dari rak dan diletak di atas meja yang sudah bersepah dengan pelbagai kertas dan fail. Dia menghidupkan iMac. Hakimy berbaring di atas sofa berangkai tiga yang berada di sudut bilik berhadapan dengan meja kerja Najmy. 

“Sibuk sangat ke ni?”

Najmy mengangguk. Dia masih baru di hospital selepas menamatkan pengajian beberapa bulan lalu lepas. Jadi banyak benda yang perlu dipelajari. Dia doktor baru. Penyakit sebenarnya sama seperti teknologi. Dunia kian moden, banyak pula ‘penyakit moden’ yang muncul. Dia sekarang bekerja di Earth Medical Hospital, Kuala Lumpur. Oleh sebab dia menyambung pelajaran dengan duit sendiri, jadi dia tidak terikat dengan kerajaan. Lagipun Datuk Abdullah Harris juga ada saham di Earth Medical Hospital. Memang papanya itu sedang cuba untuk meluaskan perniagaan walaupun dalam bidang berbeza. Kemudahan di Earth Medical Hospital memang setanding hotel lima bintang yang merupakan hospital swasta dan pesakitnya kebanyakannya terdiri daripada orang ternama. 

“Kau ada masalah ke abang? Siapa nama girlfriend baru tu?” 

“Suzanna,” balas Hakimy semakin bosan. Dia dan Suzanna mungkin hampir tiga bulan bercinta. Alahai kenapalah hatinya cepat sangat bosan? Dia pun tidak faham. Dulu dia sangat sayangkan Suzanna, tetapi lama-kelamaan dia mula bosan. Tambahan dengan perangai Suzanna yang cemburu buta.

“Ada masalah?” 

Hakimy mengeluh. Itulah adiknya, semua benda tidak boleh dirahsiakan daripadanya. Seakan-akan mereka berkongsi hati dan perasaan yang sama. Jika dia mempunyai masalah, pasti Najmy ada di sisinya dan sebaliknya. 

“Small problem je Jimy. Aku dah putus dengan dia.” 

“So? What is your real problem? I know you, abang. Kita bersama sejak dari perut mummy lagi. So, kau nak bincang apa sebenarnya? Kau takkan masuk bilik aku kalau takde masalah?” 

Najmy tidak pula terkejut bila dimaklumkan Hakimy baru sahaja putus. Abangnya tukar perempuan, seperti tukar baju. Tetapi bukan sebarang baju. Baju juga mesti ada brand. 

“La.. takkan aku tak boleh jumpa kau. Sudahlah kau sibuk 24 jam kat hospital. Iqram pun sibuk. Kawan-kawan aku yang lain pun sibuk.”

“Okay. Aku minta maaf. Tapi sejak akhir-akhir ni aku sibuk betul. Papa pergi mana? Dah lama aku tak nampak?”

Bulat mata Hakimy merenung adiknya.

“Seriously Jimy?” 

“Apa?” 

“Papa takde rumah pun kau tak perasan. Ni dah tahap critical!”

Najmy tersengih. 

“Aku tahu papa takde. Cuma aku tak tahu dia pergi mana.”

“US.”

Najmy terdiam.

“US lagi?”

Hakimy malas menjawab. Rasanya dalam satu bulan, tidak sah kalau papa tak ke Amerika Syarikat. Mereka tahu apa yang dibuat oleh papa, cuma mereka tidak tahu bagaimana hendak menolongnya. 

“Kau rasa macam mana rupa Abang Ejay? Macam kita ke?” 

“Kenapa kau tiba-tiba tanya?”

“Saja. Aku rasa mesti dia dah kahwin kan? Kalau aku tak silap umur Abang Ejay mesti 32 tahun. Dia tua tujuh tahun dari kita kan?”

“Yup. Kenapa kau tak tanya macam mana rupa adik kita?”

Hakimy diam. Dia teringat sesuatu.

“Apa? Kenapa ni? Tiba- tiba muka kau berubah. Kenapa abang?” 

“Tadi ada PRO dari London,” beritahu Hakimy. 

Najmy merenung abangnya.

“Cantik ke?”

Hakimy mengangguk laju sebelum melepas pandang adiknya. 

“Mana kau tahu dia perempuan, Jimy?”

Najmy ketawa.

“Kau takkan bercerita pasal lelaki. I know you, abang.” 

Hakimy tersengih. Memang dia dan Najmy sangat sesuai menjadi adik-beradik kembar. Tak payah nak jelas panjang- panjang, Najmy terus sudah tahu. 

“Terpikat?” 

“Kau tahu aku tak akan jalinkan hubungan dengan kakitangan hotel.” Tegas suara Hakimy menyebabkan kembarnya tersenyum. Sebenarnya itu adalah nasihat papa.

“Jadi kenapa? Kenapa kau beritahu aku,” soal Najmy. 

“Dia macam kita.”

“Macam kita? Dia handsome ke? Tapi dia perempuan kan?” Najmy sudah tersengih 

“Perasan juga kau ni kan?” Hakimy tersengih juga.

“We have the same face, abang.” 

“Itulah yang aku tak suka.” Hakimy mencebik. 

Najmy tergelak. 

“Okay. Back to our topic. Kenapa dengan PRO tu? Apa yang dia sama dengan kita. Dia pun ada kembar ke? Kembar tiga.”

“Itu aku tak tahu. Dia mixed macam kita.” 

“Bukan kau tak pernah jumpa orang mixed, abang. Padahal ex kau dulu ramai mixed juga kan?” soal Najmy mula bosan. 

“Aku tahu.” Perlahan suara itu.

“Kau nak tahu nama dia?” soal Hakimy. 

Najmy mengangguk sahaja walaupun dia tidak begitu berminat. 

“Jihan Raysha.”

Najmy tersentak. Berpusing dia menghadap ‘muka sendiri’. 

“Kau terkejut kan?” Hakimy menyoal. 

“Rupa dia macam mana?”

“Aku dah kata macam kita. Cuma she has light blond hair. Mata warna hazel, macam Iqram. Tapi dia lebih light. Cantik.” Itu paling penting. Jihan Raysha memang cantik. Dia sendiri tidak tahu kenapa, dia merasakan memang gadis kacukan itu sangat cantik di matanya. 

“Kau ada siasat background dia?”

“Tak payah.” 

“Kenapa pula?” Keras suara Najmy tampak tidak berpuas hati. 

“Dia bukan adik kita.”

“Mana kau tahu? Ada dia cakap ke?”

“Jihan Raysha Meor Muhammad Ebrahim. Ayah dia baru meninggal dan kawan lama Uncle Syazlan. Uncle tak cakap apa-apa pun. Lagipun warna mata dia hazel. Warna mata adik kita biru macam mummy,” balasnya. 

“Tapi warna mata boleh berubah-ubah. Mungkin waktu baby biru, bila besar warna macam kita atau hazel. Hmm… tapi kau kata kau tak siasat tadi.” Lemah kembali suara Najmy. Dia sudah mengeluh. Walaupun dia tidak berminat dalam mencari keluarganya yang hilang, tetapi jauh di sudut hatinya dia juga berharap dapat berjumpa dengan mereka walaupun sekejap. Dia teringin sangat berjumpa dengan ibu kandungnya. 

“Kalaulah dia adik kita, apa yang kau nak buat?” soal Hakimy. 

Najmy merenung abangnya lama.

“Kau tahu abang. Dah lama kita cari mereka. Aku tak sure apa yang aku akan buat. Hmm, aku nak tengok, muka dia macam kita tak. Kalaulah rupa adik macam kita, mesti kelakar juga kan? Dia kan kembar kita. Muka kau sama dengan aku. Dia pulak? Kita kan lelaki.”

Hakimy tersengih dan mengangguk. Banyak kali juga dia cuba bayangkan Jihan Raysha dalam rupa mereka. 

“Kau rindukan mummy kan?”

Hakimy mengangguk.

“Aku pun sama. Kau tahu, kalau orang cerita pasal mama mereka. Sambut hari ibu. Hmm… kadang- kadang aku rasa, kenapa mummy tak bawa kita sekali? Sekurang-kurangnya aku rasa kita takkan rasa..” 

“Sunyi? Bosan? Lack of love?” 

Najmy mengangguk. Walaupun mereka kaya dengan harta benda, tapi mereka miskin kasih sayang. Mereka tahu papa begitu sayangkan mereka, tapi setiap kali papa dan nenek melihat mereka, pasti wajah mummy akan terbayang di mata.

“Aku pun ada terfikir benda yang sama. Kau rasa kita akan bahagia duduk dengan mummy?” 

Najmy angkat bahu.

“Papa? Kau tak kesian kat dia?”

Najmy diam membisu. 

“Aku sayangkan papa. Aku respect dia.” 

“Kau pernah salahkan nenek?”

Najmy menggeleng.

“Nenek ada sebab yang tersendiri, abang. Semuanya dah takdir. Abang, this is not the first time we discussed about it. So, can we drop the subject?” 

“Entahlah, Jimy. Aku pun dah malas nak fikir. Kita tak pernah berjumpa dengan mereka. Aku tak tahu sama ada aku boleh terima mereka sebahagian dari keluarga aku.”

“Keluarga kita.” Kenyataan itu dibetulkan Najmy.

Hakimy tersenyum tawar.

“So, apa kita nak buat sekarang? Aku dah tak ada mood nak buat kerja,” Najmy sudah menutup Mac. Menongkat dagu memandang abangnya. Kadang-kadang kalau melihat Hakimy, dia terasa seperti melihat diri sendiri. Hakimy ni memang macam cermin. 

“Bagus! Jom main snooker,” ajak Hakimy girang. Di dalam rumah mereka, rasanya semua benda ada. Kalau menonton TV, mereka sudah terasa di panggung wayang. Kalau hendak bermain game, terdapat satu bilik yang penuh dengan mainan mereka yang disimpan sejak mereka kecil lagi. Cuma satu sahaja yang tidak mungkin boleh dicari di rumah agam ini – kasih sayang. Kalaulah kasih sayang boleh dijual beli.

“Kau memang dah lama nak ajak kan?” soal Najmy.

“Dah lama kita tak main. Kau sibuk kat hospital. Aku sibuk dengan hotel.” 

“I think we better invite our big bro,” usul Najmy. Hakimy angkat kening. Dia setuju sahaja. Terasa kekurangan kalau bermain tidak mengajak Iqram Zafriel.






No comments:

Post a Comment

Back to Top